Tuesday, April 15, 2008

Proses Penggunaan Access

MS Office Access merupakan pangkalan data yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk menghasilkan pangkalan data pelajar Untuk kelas KDP ini, kami ditugaskan untuk menghasilkan data pelajar berserta report dan query. Berikut adalah proses yang dihadapi :-

Merancang Penghasilan Access
1. Menentukan pengisian dan tujuan menghasilkan pangkalan data.
2. Membincangkan data dan maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan dalam pangkalan data tersebut. Menyediakan data dengan lengkap untuk diisi dalam 'table'.
3. Mengkaji langkah-langkah untuk membina table menggunakan 'field name' dan memilih 'data type'. Memastikan ruangan 'caption' diisi untuk digunakan sebagai label dalam 'form'. Memastikan 'primary key' diletakkan pada column pertama iaitu pada ID (boleh ubah nama ID).
4. Mengenalpasti bilangan table yang hendak dibina. Buat 'relationship' untuk pautan setiap table.
5. Pastikan data mana yang hendak di'query' (pengecilan maklumat).
6. Kenalpasti layout 'report'.

Memantau Penghasilan Access
1. Memastikan kesesuaian access supaya mencapai tujuan.
2. Upload ke Yahoo Group supaya semua ahli boleh mendapat maklumat.

Menilai Penghasilan Access
1. Sukar untuk menghasilkan pangkalan data menggunakan access kerana pengetahuan yang amat cetek.

Proses Penggunaan Excel

MS Office Excel merupakan hamparan elektronik yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk menghasilkan hamparan data peperiksaan dan belanjawan. Untuk kelas KDP ini, kami ditugaskan untuk menghasilkan belanjawan tahunan Pendidikan Khas. Berikut adalah proses yang dihadapi :-

Merancang Penghasilan Excel
1. Menentukan pengisian dan tujuan menghasilkan data.
2. Merancang perbelanjaan setahun secara manual.
3. Mengkaji langkah-langkah untuk membuat kiraan menggunakan formula (=/-/+)
4. Memastikan jumlah peruntukan dan baki setiap bulan untuk dibawa ke hadapan.
5. Menentukan ringkasan belanjawan.

Memantau Penghasilan Excel
1. Memastikan kesesuaian excel supaya mencapai tujuan.
2. Upload ke Yahoo Group supaya semua ahli boleh mendapat maklumat.

Menilai Penghasilan Excel
1. Amat mudah dengan menggunakan MS Excel untuk menghasilkan data.

Proses Penggunaan Power Point

MS Office Power Point boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk menghasilkan bahan bantu mengajar atau alternatif untuk pengajaran. Untuk kelas KDP ini, kami belajar menghasilkan power point untuk BBM dan bahan untuk pembentangan di dalam kelas. Berikut adalah proses yang dihadapi :-

Merancang Penghasilan Power Point
1. Menentukan pengisian dan tujuan menghasilkan slide power point.
2. Power Point untuk BBM dihasilkan secara berkumpulan. Berbincang tentang mata pelajaran, tema dan tajuk pelajaran. Membincangkan tempoh masa yang diambil untuk satu sesi pembelajaran.
3. Merancang story board untuk menentukan layout power point, setting gambar, pengisian setiap slide, penggunaan 'transition slide', 'transition sound' dan 'transition speed' untuk paparan slide. Menggunakan 'custom animation' dengan 'add effect' untuk paparan teks. Menggunakan 'insert picture from file' untuk memasukkan gambar-gambar (daripada file Picture Project dan web). Memilih gambar yang sesuai dari Yahoo menggunakan image.
4. Menggunakan 'sound from file' untuk memasukkan lagu latar dan 'record sound' untuk merakam suara.
5. Merancang kedudukan slide yang hendak dipautkan (hyperlink).

Memantau Penghasilan Power Point
1. Memastikan kesesuaian power point supaya mencapai tujuan.
2. Melihat penghasilan dengan menggunakan 'slide show'.
3. Upload ke Yahoo Group supaya semua ahli boleh mendapat maklumat.

Menilai Penghasilan Power Point
1. Amat mudah dengan menggunakan MS Power Point untuk menghasilkan media pengajaran.
2. Memastikan bahan yang dihasilkan mencapai piawai slide yang berkesan dan bermutu.

Proses Penggunaan Word

MS Office Word boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk menghasilkan Brosur dan Buku Program. Untuk kelas KDP ini, kami belajar menghasilkan Brosur menggunakan column dan Buku Program menggunakan book fold. Berikut adalah proses yang dihadapi :-
Merancang Penghasilan Brosur
1. Menentukan pengisian dan tujuan menghasilkan brosur.
2. Mencari bahan daripada sumber buku dan internet (mengaplikasikan pencarian blog dan jurnal dari Google seperti yang diajar oleh Dr. Siti Fatimah). Menggunakan advanced search
untuk pencarian yang lebih terperinci dan menggunakan tanda "......" untuk mengecilkan
ruang pencarian (jumlah bahan lebih sedikit mengikut spesifikasi tajuk yang dipilih).
3. Merancang story board untuk menentukan layout brosur serta setting gambar. Memilih
gambar yang sesuai dari Yahoo menggunakan image.
4. Memilih layout brosur menggunakan 3 column.

Memantau Penghasilan Brosur
1. Memastikan kesesuaian brosur supaya mencapai tujuan.
2. Upload ke Yahoo Group supaya semua ahli boleh mendapat maklumat.

Menilai Penghasilan Brosur
1. Amat mudah dengan menggunakan MS Word untuk menghasilkan brosur pilihan. Cuma
memilih column dan taipkan maklumat. Gunakan 'insert' untuk memasukkan gambar dari
web pilihan atau folder My Picture dalam My Document.
2. Aktiviti yang paling mudah dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan.

Sunday, February 24, 2008

Learning care dan Yahoogroups

Nyatakan apakah persamaan dan perbezaan Forum dalam Learningcare denganYahoogroups.Nyatakan kelebihan dan kelemahan menggunakan forum dalam learningcare.Nyatakan kelebihan dan kelemahan menggunakan forum dalam yahoogroup.Jika anda diberi pilihan untuk mengadakan perbincangan di masa akandatang, apakah platform yang anda gunakan - emel? yahoogroups? forumdalam learningcare? Blog?. Mengapa anda membuat pilihan tersebut.

a) Persamaan forum dalam Learningcare dengan Yahoogroups
1. Kedua-duanya digunakan untuk membincangkan topik.
2. Terdapat hubungan dua hala.
3. Boleh reply untuk memberi maklum balas kepada topik.

b) Perbezaan forum dalam Learningcare dengan Yahoogroups
1. Learningcare hanya terbatas dalam kalangan pelajar UKM.
2. Tiada alamat group ataupun alamat mel orang yang memberi maklum balas dipaparkan.
3. Menggunakan ID yang didaftar oleh UKM sahaja.
4. YahoogroupsMenggunakan platform perbincangan secara berkumpulan dan ahlinya tidak terbatas.
5. Ruang lingkup ahli adalah luas. Asalkan ada alamat yahoogroup individu yang menjadi owner.
6. Ada moderator yang menjadi pemudahcara kepada perbincangan.
4. Ahli berkongsi pendapat.

c) Kebaikan dan kelemahan Learningcare
Learningcare mudah digunakan hanya dengan memilih subjek di mana forum akan dijalankan. Namun begitu, kelemahannya ialah Learningcare hanya boleh digunakan oleh pelajar dan warga UKM sahaja. Adakalanya pelajar dan warga UKM lain tidak aktif menggunakan Learningcare. Apatah lagi untuk memanfaatkan ruang forum yang disediakan.

d) Kebaikan dan kelemahan Yahoogroups
Melalui Yahoogroups ahli perbincangan tidak terbatas. Malah profil ahli dipaparkan dan boleh view kegiatan ahli. Moderator akan mengemukakan topik perbincangan dan ahli group memberikan maklum balas. Namun begitu masih ada kelemahannya. Platform ini agak sukar dikendalikan. Ianya memerlukan pengetahuan yang cukup untuk mentadbirkannya supaya ada respond dan hubungan dua hala berlangsung. Jika tersilap langkah topik yang dikemukakan tidak sampai kepada ahli group. Malah ahli juga perlu memberikan maklum balas dalam platform yang betul supaya sampai kepada semua ahli terutama pemilik group tersebut.

Saya lebih suka menggunakan blog kerana lebih tersusun dan kemas. Lagipun penggunaan blog boleh dipantau dengan mudah.